Dashboard
+
Follow

About

Fanfic

Link

Diary

Imagination Begins
Friday, June 22, 2012,
Sakura Love [Introduction]





                                                                    
Aku tak pandai nak buat Introduction.Macam yang Nana Johari Unnie cakap.Dia macam scene di tengah-tengah cerita.Macam prolog.




"Tak guna punya jantan"aku mempercepatkan langkah kaki ku.Hati seperti meronta-ronta ingin melepaskan kemarahan.Semua orang memandang aku seperti melihat hantu.Semua yang berdekatan dengan ku berjalan menjauhi.

Tangan lantas menolak pintu kelas 2A1 .Aku terus terbalikkan salah satu meja berdekatan dengan pintu yang aku masuk.Semua mata-mata memandang aku.Aku tak kisah yang penting semua benda ni sampai dekat dia.

Aku berjalan menuju ke sekumpulan pelajar.Beberapa pelajar perempuan duduk di atas meja bersebelahan dengan Kaito Matsuko.Apa?Kau ingat kau ramai perempuan yang terkinja-kinja dekat kau,kau bagus sangat.

Aku berhenti betul-betul berhadapan dengannya.Muka aku saat itu memang macam unggun api.Aku segera menarik beg sandang di bahu ke dalam pelukan.Aku dengan pantas membuka zip tengah beg biru cair itu.

Segera aku keluarkan sebuah buku yang cantik dibalut dengan pembalut hadiah dan terdapat gambar kucing-kucing comel.Aku membelek muka surat buku itu dengan kasar.Tindakan ku berhenti di muka surat tengah buku itu.

Terdapat sepucuk surat yang sudah lusuh dan berkedut.Aku mengambil surat itu.Aku memandang Matsuko sekilas lalu mencampakkan surat itu di muka putihnya.Jangkaanku tepat.Surat itu terkena tepat di hidung mancungnya.


"Yonde [Baca]"Aku segera berpaling lalu membuka langkah untuk beredar dari kelas ini dan semestinya aku menyampah tengok muka Matsuko lama-lama.Aku rela buta daripada kena tengok muka dia.

Langkahku terhenti apabila dia berdiri di hadapanku.Dia tersenyum manis.Senyuman yang menggoda.Senyuman yang semua orang akan jatuh hati dengannya.Aku rasa nenek tua pun dah jadi Secret Admirer dia.

Tapi sedikit pun tak menggoda aku.Puihh lah.Aku mendapat satu idea.Segera aku menyelup tanganku ke dalam beg.Aku menabur serbuk yang bewarna oren kemerah-merahan ke arah Matsuko.


"Ni hadiah terima kasih aku dekat kau sebab kau dah musnahkan tiga per empat hidup aku.Kau dah hilangkan semua oksigen aku.Aku benci kau.Aku tak akan maafkan kau!"

Tanpa izin aku,tubir mata sudah penuh dengan air yang jernih.Mataku berkaca-kaca,pandangan ku kabur.

Satu titis demi titis air jernih telah banjir di mata lalu melimpah membasahi pipi.Tak pula aku mengesatnya.Aku memandang lelaki itu.Anak mata kami berpaut.

PANGG!! Aku menggigit bibir bawah.Cuba menahan marah.Matsuko memegang pipinya yang merah akibat dari tamparan yang tak aku rancang.

Yang lain hanya setia menjadi penonton,berbisik-bisik pun ada.Mengumpat lah tu.Fitnah bukan-bukan pastu sebarkan.Cakap aku ni macam-macam.

Ada jugak manusia yang nak kena penampar dengan aku karang.Aku memandang tajam tepat di mata perempuan gedik penyebar fitnah tu.Mereka berdua terus berhenti mereka cerita yang bukan-bukan dan hanya setia menjadi penonton tak diundang.

Pandangan ku kembali ke arah Matsuko.Lelaki itu masih setiap memandang muka aku.Apa yang ada dekat muka aku pun aku tak tahu."Kau kejam.Aku dah tak sanggup hidup macam ni.Kenapa kau buat semua ni?Apa salah aku pada kau?"Seketika aku mengesat air yang keluar dari lubang hidung.Air tu terasa agak panas.Tapi aku teruskan berkata-kata.

Soalan bertalu-talu keluar dari mulut."Aku tak pernah kacau hidup kau.Bercakap pun tak pernah.Aku ingat kau baik,tapi betul sangkaan aku bila nampak kau pertama kali .Time aku di tahun 1.Kau memang manusia yang tak ada hati perut."

Aku meneliti dari atas sampai ke bawah susuk badan Matsuko.Baju sekolahnya yang hitam sudah bertukar jadi warna oren."Aku belum puas lagi.Aku akan buat hidup kau merana sama macam kau buat hidup aku yang dah merana bertambah merana!"

Aku berlari keluar dari kelas 2A1.Kedengaran semua perempuan yang terkinja-kinja dekat Matsuko sedang bertanya dekat Matsuko.


"Apa yang berlaku?" "Awak OK tak Matsuko?" "Siapa perempuan bruntal tu?Datang-datang marah.Ketuk pintu pun tidak.Takde adab.Mak bapak tak ajar ke?"

Aku tersentak.Aku memang pantang main mak bapak.Lagi-lagi Okaan dan Otousan aku tu memang dah cukup ajar aku adab yang baik.Aku jadi macam tu pun kerana diorang.Sebab Matsuko yang buat aku jadi macam tu.

Jadi salah siapa?Aku ke?Aku tak tahu apa yang aku tabur tadi.Bau macam rempah.Baguslah,memang sesuai warna rempah tu dengan perangai kau jantan.

Aku bersandar di koridor tidak jauh dari kelas 2A1.Aku menangis sepuas-puasnya.Tidak endahkan orang sekeliling.Aku rindukan dia.A...aku rind..rindukan Okaasan,aku rindu Otousan.Kau sudah menghancurkan semua.Semuanya!Aku benci kau.