Dashboard
+
Follow

About

Fanfic

Link

Diary

Imagination Begins
Friday, March 16, 2012,
Heart Beats [6]

Bilik tidur Yuri

"Arhh!!penatnya sekolah tadi.Perhimpunan tadi pun berjam-jam lamanya".Aku mengeluarkan satu album lama dari sebuah laci di meja belajar.Aku membelek satu per satu gambar di dalam album pink itu.Mataku terhenti pada satu gambar.Gambar yang telah mengajar aku erti cinta,erti sayang dan juga erti benci.Gambar yang sekarang sudah pun aku benci.Benci yang teramat sangat.Gambar yang kehilangan sebahagian darinya.

------------------------
Jiyeon POV


"Ish,mana si Yuri ni.Cakap nak keluar rumah pukul 7.20.Ni dah dekat 7.30 pun tak nampak lagi batang hidung dia."
Tiba-tiba,pintu utama rumah Yuri terkuak sedikit dan tidak lama kemudian,kepala Cik Heryn,orang gaji keluarga Encik Kwon seakan-akan mencari seseorang di luar rumah.Mungkin dia cari aku,aku melambai-lambaikan tangan ku supaya dia dapat melihat aku yang berada jauh dari pintu utama itu.

------------------------

Author POV

Jiyeon menguak sedikit pintu bilik Yuri yang ditunjukkan oleh Cik Heryn tadi."Bwaaa!".Jiyeon terus melompat setelah dijerkah sebegitu kuat."Aduh,apalah kau ni.Buat aku terkejut saja.Kalau aku mati kat sini tak ke kau yang susah.Ni,apa benda yang penting sangat sampai kau nak jumpa aku dalam rumah kau.Tak boleh tunggu sampai sekolah ke?Atau baju tiada ke nak suruh aku pakaikan?"Jiyeon membebel seorang diri sambil menggosok pinggangnya yang terlanggar dinding semasa sesi melompat tadi.Tanpa disedari,Yuri sudahpun berada di dalam bilik tidurnya.

Marah Jiyeon yang dibuat-buat semakin membuak-buak."Kau ni,bukankah hari ni hari sekolah.Patutnya kau pergilah bersiapsiap ni tidak,masih boleh baring atas katil lagi.Aku tahulah yan...."Jiyeon tidak dapat menghabiskan ayatnya apabila Yuri mencekup mulutnya dengan tangan."Itulah sebab aku suruh kau datang ke bilik aku,aku takdapat nak pergi sekolah hari ini jadi..."."Jadi kau suruh aku temankan kau lah ni?",Jiyeon memotong ayat Yuri."Bukan,aku nak suruh kau beritahu kepada ketua kelas yang aku tak dapat hadir ke sekolah hari ni dan suruh dia beritahu cikgu Jyung pasal ni juga.Aku kena pergi satu tempat ni.Penting sangat ni!".Yuri menghabiskan ayatnya tanpa rasa gugup.Jiyeon hanya mengangguk paham.

--------------------------

"Aduh,sakitnya pinggang aku",Jiyeon menolak pintu kelas ke kiri.Dia melabuhkan punggungnya dia atas kerusi di tempatnya.Semua penat lelahnya dilepaskan disitu."Ya tak ya jugak,aku tak ingat nak sampaikan pesan Yuri tadi dekat Ljoe",Jiyeon mengatur langkah mendekati meja ketua kelas itu.Tiba-tiba langkahnya mati sebelum sempat sampai dia meja Ljoe."Ehhh,macam mana kalau aku cakap nanti dengar macam gugup je.Matilah aku.Nanti dia tahu yang aku suka dia.Mana boleh.Jatuhlah maruah aku kalau dia tak suka aku,tidak tidak.Amanah mesti dilaksanakan dengan apa jua sekalipun",Jiyeon menggeleng-gelengkan kepalanya lalu menyambung langkahnya.Dia sedikit membongkok kerana pinggangnya yang sakit lalu dia meletakkan tangannya dia pinggangnya bagi menahan sedikit rasa sakitnya.

"Err,Ljoe......",Jiyeon kehilangan kata-kata apabila jejaka itu memandangnya."Ya,nak pergi tandas ke?Nak saya temankan eh?Jom!",Ljoe lekas bangun dari tempat duduknya."Ehhh,bukan bukan.Saya nak cakap yang Yuri tak dapat hadir sebab dia kena pergi satu tempat.So,dia suruh awak beritahu cikgu Jyung,Tu je.Bye!",Jiyeon terus berlari ke tempatnya.Malu agaknya bila ditanya begitu.Biarpun dalam hati Jiyeon sudah berbunga-bunga apabila jejaka idamannya sanggup berbuat demikian.5 minit kemudian,cikgu Bahasa mereka masuk ke kelas.

---------------------------

Waktu rehat

"Terpaksa aku tahan sikit lapar ni.Tapi dah tak boleh tahan!!.Ni semua pinggang aku yang sakit punya pasal,kalau tak boleh aku pergi join makcik kantin makan.Kalau ada Yuri boleh aku pesan makanan.Huh".Jiyeon mengeluh berat dan meletakkan mukanya di atas meja.Tiba-tiba pintu kelas dibuka.Jiyeon tidak mengangkat muka untuk melihat siapakah yang membuka pintu tadi kerana dia tak terdaya melakukan kerana perutnya sudah memainkan lagu rock.Tiba-tiba Jiyeon merasakan seperti ada angin yang meniup pipinya.Tapi angin itu bergitu kuat seperti dekat dengannya.Lalu dia mengangkat mukanya.

Dia hampir-hampir sahaja ingin mencium jejaka idamannya,Ljoe.Muka Ljoe terlalu dekat dengannya lalu dia mengundurkan kerusinya ke belakang."Nah!",Ljoe menghulurkan satu pek kecil ais ketul.Jiyeon mengangkat keningnya.Dia tidak dapat berkata-kata."Saya tengok pinggang awak macam sakit je sebab tu saya bawa ais ketul ni".Jiyeon teragak-agak untuk mengambilnya."Dan,saya ada bawa awak sedikit makanan.Saya tahu awak tengah lapar.Ambilah".Lembut je ayat yang dituturkan oleh Ljoe.Jiyeon tersenyum lalu membuka plastik yang berisi makanan itu."Gomawo".Itu saja ayat yang boleh diucapkan oleh Jiyeon.Ljoe tersenyum puas.Mungkin kerana perempuan yang dia suka sudah gembira.

//Bersambung