Dashboard
+
Follow

About

Fanfic

Link

Diary

Imagination Begins
Sunday, January 29, 2012,
Heart Beats [5]



Jiyeon POV

Aku menyepak batu-batu kecil di tepi jalan."Bosannya!".Aku memandang langit.Hari macam nak hujan.Ni mesti aku akan terlepas cerita kegemaran aku dek kilat yang sambung-menyambung serta hujan yang lebat.Minggu lepas pun jadi macam ni juga.Benci! Oh ya,aku baru teringat pasal ni.Aku memandang Yuri di sebelah."Ceritalah cepat!".Aku menggoyangkan lengan Yuri.Aku memang,kalau bab rahsia orang cepat je aku nak dengar.Time orang nak dengar rahsia aku,jangan harap aku beritahu.

Yuri POV


"Ceritalah cepat!",Jiyeon memang suka buat aku terkejut.Dia ni nak suruh aku mati cepat ke apa."Okay,tapi kau kena jawab soalan aku dulu.Aku nak tanya kau 1 soalan je".Jiyeon mengangguk sambil tersenyum riang.Suka sangat dapat soalan kot."Kalau macam tu tak jadilah 1.Nak tanya kau 2 soalan,eh....5 lah".Aku mengeluarkan 5 jariku di depan muka Jiyeon.Jiyeon membulatkan matanya.Bukan senang nak dapat peluang macam ni,boleh tanya soalan banyak-banyak dekat Jiyeon."Apa?Banyak cantik.Kau ingat aku ni kaunter pertanyaan ke?Tapi best jugak,sekali-sekala orang interview".Fuhh,nasib baik dia setuju.Soalan apa ya aku nak tanya dia.

     "Okay aku tanya eh.Siapa hero sekolah yang kau cakap pagi tadi?Dia sudah selamatkan sekolah ni dari bahaya ke?".Jiyeon mengelengkan kepalanya."Apa yang kau mengarut ni,hero yang aku maksudkan tu bukan penyelamat.Hero tu kan terkenal.Jadi tu lah orang panggil dia hero.Nama dia Doojon.Dahlah sombong.Tu je.Okay,soalan seterusnya?".Aku mengangguk faham."Soalan kedua ialah...kau kenal ke lelaki yang datang dengan aku tadi?".Sebenarnya aku memang nak tahu sangat siapa lelaki tu.Aku macam pernah nampak je dia."For Your Information,lelaki tu lah Doojon.Hero Keimyung High School.Dia tu playboy.Mungkin dia nak permainkan kau tadi".Aku macam tak percaya dengan kata-kata Jiyeon."Mana ada,aku nampak dia macam baik je.Dia tu nampak macam dingin je.Mungkin sebab tu orang kata dia sombong".

       "Kau kata baik?.Apa yang dia buat dekat kau sampai kau kata dia baik?,cuba beritahu dekat aku".Nak cakap ke tak.Cakap je lah."Dia dah selamatkan aku tadi.Sebenarnya aku tersesat tadi dekat satu lorong yang ada dekat hujung koridor kelas kita.".Jiyeon terkejut setelah mendengar penjelasan aku."Dia tak pernah macam tu pun sebelum ni.Dengan ex- ex-girlfriend dia dan perempuan lain pun dia tak pernah tolong.Ni mesti kau ada buat apa-apa dekat dia......OMG!,atau mungkin............dia suka kat kau Yuri.Untungnya kau ada orang minat kau".Jiyeon ni memang suka merepek."Kau ni.Dahlah tu merepek.Soalan tak habis lagi."

         "Ni soalan ketiga pulak.Betul ke yang lorong yang aku sesat tu lorong berhantu?".Kenapa tiba-tiba soalan ni meluncur laju keluar dari mulut aku ni."A'ah.Berhantu.....Ish,kau ni pun sama.Suka merepek.Mana ada lorong tu berhantu.Lorong tu sunyi je sebab tu lorong untuk ke dewan tertutup.Dewan untuk homecoming je".Betul ke ni.Maknanya..siapa tu.Ah,Doojon mempermainkan aku lah ni.Tak guna."Dia tipu aku lah ni".Aku berbisik kepada diri sendiri."Siapa tipu kau?".Alamak,boleh dengar ke?Rasanya dah perlahankan suara ni."Mana ada orang tipu aku.Ada-ada je lah kau ni.Okay,ni soalan yang keempat,kau ni athlete sekolah kan?",mesti jawapan dia Ya.Sebab dia jalan pun dah laju.Mesti lari pun laju.

         "Hahaha,ramai dah yang tanya aku soalan yang sama macam ni.Aku nak tanya kau,aku ni ada gaya macam athlete ke?"."Gaya tak adalah,tapi kau berjalan tu kemain laju.Mesti kau lari pun laju".Aku menjawab pertanyaan Jiyeon dengan nada menyindir."Kau tahu tak,sebenarnya aku memang nak jadi athlete tapi tak kesampaian disebabkan oleh Hyuna,perempuan yang mengada-ngada dan gedik.".Hyuna?Siapa pulak ni.Pening aku."Cuba kau cerita dekat aku pasal ni".Jiyeon mengelengkan kepalanya."Tak boleh sekarang,tapi aku akan cerita secepatnya.Soalan terakhir?".Aku sudah menunggu saat untuk menanyakan soalan ini."Kau sebenarnya suka dekat lelaki yang berambut blonde tu kan?".

Jiyeon POV

"Kau sebenarnya suka dekat lelaki yang berambut blonde tu kan?".Alamak,dia dah keluarkan soalan cepu emas dia.Tapi lelaki yang dia maksudkan tu mesti Ljoe.Mana boleh aku beritahu tentang perasaan aku terhadap Ljoe.Aku mesti mencari alasan.Ha'ah."Yuri,kita dah sampai dekat depan rumah kau.Dah lewat ni.Lagipun hari dah nak hujan".Nasib baik dah sampai dekat rumah Yuri."Kau ni mesti tak mahu beritahu aku.Tapi betul juga kata kau tu,hari dah nak hujan dan dah lewat.Aku masuk dulu lah,tapi esok aku akan tuntut jawapan aku tadi.Bye",Yuri melambaikan tangannya.Aku menunggu sampai kelibat Yuri hilang dari pandangan.

>-------------------------------------------------<

Author POV

Dua orang lelaki tercungap-cungap di bawah sebuah pondok kecil.Peluh mula membasahi muka lelaki-lelaki itu."Ish,penatlah.Mana Mr.Gjoo ni?,tak akan tak jadi datang kot".Gongchan mengelap peluh di muka nya dengan tuala kecil yang dibawanya dari rumah."Tak jadi?.Mana boleh macam tu.kita dah lari sepuluh pusingan padang sebagai denda sebab tak pergi gym tadi.Kalau padang tu kecil tak apalah juga,ni besar sebesar gajah".Ljoe memandang ke arah padang yang terbentang luas di depannya.Gongchan menghulurkan Ljoe sebotol air putih lalu duduk disebelah Ljoe.Ljoe mengambil botol itu lalu meneguk beberapa teguk air."Kau rasa betul ke yang Mr.Gjoo nak jumpa dengan kita dekat sini?.Lagipun langit nampak macam gelap je.Nak hujan kot".Gongchan was-was."Entahlah...ATAU mungkin Dujun tipu kita!Ni tak boleh jadi ni".Ljoe jugak tidak ketinggalan menyuarakan apa yang dia tengah rasakan.

>---------------------------------------------------<

Dewan terbuka Keimyung High School

Pelajar-pelajar mula berpusu-pusu ke dewan terbuka sekolah itu.Seorang cikgu telah mengarahkan semua pelajar ke dewan kerana ada perkara yang hendak diberitahu sebentar tadi.Mereka beratur mengikut kelas masing-masing.

Goo Hara

Mana Jiyeon ni.Tak akan semalam aku cuti hari ni dia pulak nak ambil cuti.Aku mencari-cari kelibat Jiyeon.Haa!Tu dia.Aku menuju ke arah Jiyeon yang berada di akhir barisan kelas kami."Jiyeon,kenapa kau beratur dekat belakang sekali.Mari lah beratur dengan aku kat depan tu".Aku menunjukan jari ku ke arah satu tempat kosong yang terletak di belakang seorang pelajar lelaki.Eik,siapa pulak ni.Cantiknya dia."Jiyeon,siapa dia tu.Cantik je aku tengok.Sepupu kau ke?".Aku berbisik kepada Jiyeon."Bukan lah.Dia kawan aku masa kecil.Dia ni pun jiran aku".Jiyeon menarik perempuan tadi dekat dengan kami."Ouh,cantik orangnya.Nama apa?Mesti nama pun cantik jugak.Dah daftar?".Aku memandang perempuan itu."Nama saya Yuri.Kwon Yuri.A'ah,dah daftar semalam".Nama dia pun sedap je."Saya Goo Hara.Awak dah ada tempat duduk ke dalam kelas?".Yuri mengangguk sambil tersenyum manis."Nanti kita rehat sama-sama,okay".Aku memberi kata putus apabila cikgu disiplin dah mula nak berucap lalu mengambil tempat di belakang Yuri.Takut aku kalau Mrs.Hwoo nampak,teruk aku kena marah.

//Bersambung