Dashboard
+
Follow

About

Fanfic

Link

Diary

Imagination Begins
Sunday, January 8, 2012,
Heart Beats [3]



Yuri POV

Aku berjalan beriringan dengan Jiyeon.Sengaja tak nak Pak Cik Hwang hantar kami ke sekolah.Ini ialah langkah pertama supaya misi aku berjalan dengan lancar.Aku memandang ke arah Jiyeon.Aik,merajuk lagi ke dia ni? "Jiyeon,kau marah dengan aku lagi ke pasal tadi?",aku menggoyangkan lengan Jiyeon."Kenapa kau diam je ni?Muncung kau dah panjang dah,tak muat jalan ni nanti". Aku melajukan langkah kaki ku mengharapkan Jiyeon kejar aku.

Jiyeon POV

Dia ni sempat lagi buat lawak bodoh.Aik,lajunya dia jalan.Ni mesti nak suruh aku kejar dia."Yuri-ah! Tunggu",aku mengejar Yuri yang sudah jauh ke depan."Kau ni kenapa?Laju sangat berjalan.Suka tinggalkan aku seorang diri dekat belakang".Aku bercakap dengan nada merajuk."Kau yang merajuk dulu,takkan dah  tak ingat",Yuri memandang aku dengan jelingan."Kau lah,nampak baju cantik pun nak menjerit.Mana tak marah.Lainlah kalau kau nampak hantu ke mamat hensem ke.Berbaloi lah sikit".Sengaja aku tekankan ayat mamat hensem tadi."Sorrylah,baju ni lah punya pasal.Cantik sangat".Yuri memandang baju yang dipakai olehnya.

>------------------------------------------<

Author POV

Yuri dan Jiyeon memasuki kawasan sekolah.Yuri terpegun seketika apabila melihat sekolah itu yang besar,mewah dan bersih.Bak kata orang lengkap semuanya.Mereka menuju ke bilik guru untuk mendaftar Yuri.Mereka melintasi sebuah taman di belakang kantin.Ada sekumpulan perempuan sedang berkumpul ditengah-tengah dewan.

Yuri POV

Semua perempuan tu buat apa dekat tengah-tengah dewan tu.Menjerit-jerit pulak tu.Dah macam orang gila dah aku tengok."Jiyeon,diorang tengah buat apa terjerit-jerit kat tengah-tengah dewan tu?".Jiyeon mengikut langah ku,sama melihat ke arah tengah-tengah dewan."Alah,diorang tu.Hari-hari macam tu.Tak penat lah tu".Apa maksud Jiyeon ni.Tak paham aku."Diorang sakit ke?",sakit apa lah sampai terjerit-jerit tu."A'ah,diorang sakit.Sakit jiwa.Setiap kali hero Keimyung High School lalu je,mesti diorang sakit macam tu.Terjerit-jerit.Dahlah tu,boleh berdarah telinga aku kalau duduk sini lama-lama.Nanti lonceng berbunyi,tak sempat nak daftar kau".Aku mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Jiyeon.Setuju yang boleh berdarah telinga duduk lama-lama kat sini dan nanti tak sempat nak daftar.Tapi siapa hero Keimyung High School yang Jiyeon cakapkan tadi?Dia dah selamatkan sekolah ni ke?.Boleh pecah kepala aku fikir tentang ni.Aku berjalan beriringan dengan Jiyeon yang dah jauh.Budak ni,laju sangat dia berjalan.Mesti dia athlete  terkenal kat sekolah ni.

    >-------------------------------------------<

Jiyeon POV

"Annyeonghaseyo",aku menolak pintu ketepi lalu mengajak Yuri masuk."Cikgu,saya ada bawa pelajar baru".Yuri tunduk 90 darjah ."Annyeonghaseyo,saya...",Pengetua Doiseng memotong ayat Yuri "Awak Kwon Yuri,anak kepada pemilik sekolah ni,Encik Kwon kan?".Yuri nampak macam teragak-agak je nak angguk.

Yuri POV

Alamak,pengetua dah tahu.Mati aku."Ne",aku mengangguk."Tapi boleh tak cikgu rahsiakan benda ni daripada orang lain dulu?".Aku memandang ke lantai."Wae?Araso,saya faham.Saya tak akan beritahu sesiapa termasuk cikgu-cikgu sekolah ini"."Termasuk cikgu-cikgu sekolah ni?",aku mahu kepastian."Ne,termasuk cikgu-cikgu sekolah ni".

>--------------------------------------<

Yuri POV

"Kenapa kau cakap macam tu dekat pengetua?".Jiyeon bersuara selepas melangkah keluar dari bilik pengetua Doiseng."Panjang cerita dia,nanti time rehat aku cerita dekat kau 100%"."Janji?",ish budak ni.Tak percaya pulak dia ni."Ya,janji".Aku mengikut Jiyeon ke kelasnya sebab kelas kami sama."Annyeonghaseyo",Jiyeon menarik satu pintu warna coklat ketepi,mungkin pintu kelas.Aku berdiri di luar kelas.Malu nak masuk.Biar Jiyeon lah yang masuk dulu.

Jiyeon POV

"Cikgu Jyung,minta maaf sebab masuk kelas cikgu lewat.Saya tolong bawa pelajar baru pergi bilik pengetua,sebab tu lambat",aku memandang ke lantai sekaligus cuba menenangkan hati ku yang dah mula berdebar ni.Cikgu pula dah buat muka marah dia."Pelajar baru?Mana dia?",cikgu Jyung mencari cari kelibat Yuri di belakang aku.Aku memandang ke arah pintu,lalu memberi isyarat suruh Yuri masuk."Nama awak siapa?".Cikgu Jyung bertanya kepada Yuri.Tak pulak suruh aku duduk.Dah nak tecabut lutut aku berdiri lama sangat."Oh,Yuri.Sila perkenalkan diri anda".Cikgu Jyung memandang aku lalu mengarahkan aku duduk di tempat aku."Annyeonghaseyo,nama saya Yuri.Saya baru berpindah dari London.Sila beri tunjuk ajar",Yuri tunduk 90 darjah."Terima Kasih Yuri,sila ambil tempat duduk di sebelah Jiyeon.Nanti saya ubah kedudukan lagi selepas sukan musim sejuk".Cikgu Jyung meneruskan pembelajaran sebentar tadi.Aku tersenyum lebar sebab aku dapat duduk sebelah Yuri.

//Bersambung