|
Sunday, December 25, 2011,
Heart Beats [2]
![]() Cover baru ^ < ^ Cuba cari mana cacat dekat cover ni V_V Yuri POV "Yuri-ah!",aku memalingkan muka ke arah suara itu.Aku meletakan cawan yang aku pegang tadi dan terus berlari ke arah ruang tamu.Aku memeluk erat perempuan itu."Jiyeon,lama tak jumpa kau.Kenapa kau tak datang semalam?".Jiyeon membuat ekspresi muka yang pelik."Bukan semalam kau cakap takde mood,nak tidur kan?,Jiyeon ingin membuat kepastian.Aku terdiam.Cuba mengingati pasal semalam. Jiyeon POV Yuri terdiam.Mungkin cuba memikirkan sesuatu.Aku memandang Yuri dari atas sampai ke bawah.Gelagatku tak ubah seperti polis.Mataku terhenti di bahagian tubuhnya."Yah!Aku dah ingat.Betul cakap kau,aku takde mood.Semalam dalam flight dahlah jumpa mamat sengal".Jeritan Yuri membuat aku terkejut.Sakit telinga aku dibuatnya,aku mahu membalas dendam."Yuri-ah!!",Yuri terkejut apabila mendengar suaraku.Padan muka,haha."Kau pakai apa ni?",aku menunding jariku ke arah bajunya. Yuri POV [Baju Yuri]Apa yang tak kena dengan baju aku.Aku melihat baju aku sekilas lalu memandang wajah putih gebu Jiyeon.Aku mengangkat kening tanda bertanya."Kau nak pergi sekolah ke shopping?",pertanyaan Jiyeon membuat aku tertanya.Apa masalah baju yang aku pakai sekarang ni."Aku takde baju sekolah macam kau punya.Jadi aku pakai baju biasa dulu.",aku ingin membela diri dari tuduhan Jiyeon.Jiyeon terus berlari keluar dari rumah aku."Takkan merajuk kot?Susahlah macam ni.Nanti aku pujuklah dekat sekolah.",aku menggaru kepala aku yang tidak gatal.Aku menuju ke arah meja makan untuk menyambung sesi sarapan pagi yang terhenti tadi. >------------------------< Yuri POV Aku duduk di atas sofa yang berada di ruang tamu.Appa dan Omma sudah lama berangkat ke pejabat masing-masing.Aku melihat sekeliling.Besar juga rumah ni.Aku terpandang jam di dinding."Yah!Dah nak dekat pukul 7.Mana Jiyeon ni?Takkan dia tinggalkan aku".Aku melangkah ke arah pintu keluar."Arhh".Aku melangkah ke belakang sebaik sahaja pintu itu dibuka dari luar."Jiyeon?".Aku memalingkan muka ke arah lain.Tak mahu memandang muka Jiyeon."Kenapa kau tinggalkan aku?Kau tahu kan yang aku tak tahu selok-belok sekolah kau tu".Aku memasamkan muka."Nah",Jiyeon menghulurkan sepasang baju kepadaku. Jiyeon POV Aku cepat-cepat menghulurkan uniform sekolahku kepada Yuri,tak mahu dengar dia membebel lagi.Sampai esok pun tak habis lagi membebel."Pakai uniform aku dulu",aku memberitahu Yuri."Cepat pergi naik atas,tukar baju membeli belah kau ni".Yuri mengambil uniform itu dari tanganku dan terus naik ke biliknya."Aahhhhhhh!!". Eh,tu kan suara Yuri. Aku terus berlari ke biliknya. Bersambung// Episode kali ni pendek sikit.Aku dah penat + ketiadaan idea.Mungkin lepas aku tengok cerita Winter Sonata baru idea datang.Ayat aku pun aku main letak je. ![]() |