Dashboard
+
Follow

About

Fanfic

Link

Diary

Imagination Begins
Saturday, June 23, 2012,
Sakura Love [Chapter 1]







Sora

Aku menghirup udara sedalam-dalamnya. Sungguh segar dan nyaman sekali. Satu demi satu kelopak bunga sakura gugur ke bumi. Aku di sini hanya memerhati keriangan kelopak bunga sakura jatuh dengan begitu lembut. Belakang badan ku sandarkan di batang pokok sakura. Rambutku beralun sama seperti rumput-rumput , beralun mengikut alunan bayu yang sungguh nyaman.

"Sora-chan!"

Aku menoleh ke arah kiriku. Adakah ini realiti? Tuhan, tolonglah. Katakan, katakan ini semua realiti. Aku memulakan langkahku. Perasaan bercampur baur. Aku berlari anak. Tingkah laku ku tidak kurang seperti kanak-kanak. Dari jauh, okaasan menghadiahkan sebaris senyuman. Walaupun kelihatan hambar aku tetap bersyukur kerana dapat bertemu dia.

Semakin dekat aku dengan okaasan, aku dapati selangkah ku maju kehadapan selangkah juga dia mengundur. Tapi bagi aku, selangkah okaasan mengundur bagaikan beribu batu jaraknya.'Okaasan!', aku ingin mengeluarkan perkataan ini. Tapi aku tidak terdaya. Sukar untuk mengeluarkannya. Perkataan itu bagai tersekat di anak tekak. 


Perasaan sedih mula berombak di dada. Bibirku terketar-ketar. Aku menggigit bibir bawah, cuba menghilangkan getaran di bibir supaya tidak menjejaskan suaraku. Aku segera menekup muka dengan kedua-dua belah tapak tangan. Tidak mahu okaasan melihat air yang keluar dari tubir mataku. Tangan dan tubuhku menggeletar. Seluruh badanku diselubungi dengan kesejukan. Aku tidak sanggup melihat kehadapan. Aku takut. Aku takut ini bukan realiti. Aku tidak mahu kehilangan dia sekali lagi.


"Sora-chan!". Aku tersentak. Kenapa intonasi kali ini lain daripada yang mula-mula tadi. Kenapa tiada nada ceria dalam ayatnya. Apa yang berlaku ni. Okaasan. Aku mengalihkan kedua-dua telapak tanganku. Mata masih terkatup rapat. Mata ku cuba buka perlahan-lahan. Ketakutan masih lagi menyelubungi diri. Mata terketar-ketar.


Wajah orang di hadapan aku tatap lama. Mata ku kedip sesaat dua. Aku bagaikan ditipu. Ditipu dengan mimpi sendiri. Aku masih lagi tidak percaya yang aku hanya sekadar bermimpi. Aku bangun dari posisiku lalu duduk menegak. Aku mengadap ke arah Rin di sebelah. Aku mencapai tangan Rin. Mata ku pejam. Bersedia untuk ditampar oleh tangan Rin. 1..2...3..


"Auww". Aku melepaskan tangan Rin dari genggaman. Memang sah. Memang sah aku bermimpi tadi. Tapi aku betul-betul musykil. Kenapa baru sekarang aku dapat mimpi macam tu. Pelik. Petanda buruk ke apa ni? Harap-harap petanda yang baik-baik. 


Tangan ligat mengemas barang-barang sukan masuk ke dalam beg sandang. "Sora,sora". Dari ekor mata aku, aku dapat menangkap yang Rin menggeleng kepalanya sekali dua sambil mengetatkan tali kasut sukannya. Aku hanya diam, aku memberi laluan untuk Rin meneruskan kata-katanya. "Nasib baik gym sekolah ni ada meja panjang dekat dengan bangku. Boleh lah kau buat jadi tempat beradu. Kalau tak ada meja ni......" Rin menepuk-nepuk meja di depan kami. 


"Aku tak tahulah macam mana kalau meja ni takde. Mesti sampai sekarang aku tak jumpa kau. Last-last jumpa kau bawah bangku, tengah syok mimpi putera katak cium kau.Haha." Kata-katanya diakhiri dengan ketawa. Punyalah lama nak habis ketawa dia tu, aku ingatkan sekejap je. "Haha. Dah habis dah cik Nasyashi? Best eh kau ketawakan kawan baik kau sendiri. Untuk pengetahuan kau, aku tak lalu nak mimpi putera katak cium aku. Kalau putera KACAK baru aku terima ciuman tu dengan ikhlas." Sengaja aku tinggikan suara apabila menyebut perkataan 'kacak' tadi.


Aku segera berdiri. Membiarkan Rin habiskan ketawa dia. Sejak diterima masuk dekat sekolah ni bukan main lagi ketawa dia. Lain macam dah aku tengok. Aku menggeliat beberapa kali bagi melepaskan segala kepenatan. "Jom! Orientasi dah nak mula aku rasa." Aku mewakili perjalanan ke arah pintu keluar gym.




* * * * * * * * * *

Play lagu ni.Lagu atas tak payah pause.Biarkan je.
* * * * * * * * * *





Aku berjalan di bahu jalan. Seketika aku menjilat ais-krim yang berada di dalam genggaman tangan kanan. Sengaja aku mengambil keputusan untuk balik ke rumah menggunakan jalan ni. Aku rasa tenang. Nyaman je. Ais-krim di tangan ku pandang lama. "Lama aku tak makan kau dan lama kau tak jadi mangsa aku, kan abang ais kerim tersayang".Aku tersenyum riang lalu menjilat sedikit demi sedikit ais-krim di dalam genggaman. Tak rela aku kalau ais-krim ni habis sebelum aku sampai rumah. Mati kelaparan tengah jalan nanti.


Aku meneruskan perjalanan memasuki jalan kecil. "Tak silap aku dekat hujung lorong ni ada simpang tiga lepastu ada sekolah kanak-kanak dekat situ. Entah ada lagi tak." Lutut aku dah rasa macam nak tercabut. Ni lah padahnya bila pandai-pandai guna jalan jauh. Jauh di sudut hati, aku mengutuk diri sendiri.


Aku melepasi sekolah yang aku maksudkan tadi. Ais-krim ku pandang sekilas."Nasib kau banyak lagi abang ais kerim sayang." Terasa titis-titis air jatuh ke atas batang hidung dan juga pipi aku. Aku mendongak memandang langit. Langit yang mula menjadi gelap ku pandang kosong. Pandangan aku jatuh dekat ais-krim di tangan. Aku hanya menggelengkan kepala. Apalah nasib. Apalah nasib kau ais-krim. 





Aku berlari ke hulu ke hilir, betul-betul seperti manusia yang tiada arah tuju. Matlamat pertama aku ialah mencari tempat yang boleh aku berteduh walaupun sementara. Rumah aku pun jauh lagi. Mata aku tak lekang memandang orang ramai yang lalu lalang. Semuanya ada payung. Aku? Aku pun ada payung. Tapi bocor sikit. Aku terbayang payung biru aku dekat rumah. Bocor dia tak besar pun, kecil macam saiz buku lima aku je pun.

"Asal tangan aku rasa lain macam je ni. Bulu roma aku macam naik je. Haih. Tangan kau jangan nak buat hal." Aku teragak-agak untuk memandang ke arah tangan kananku. Kecut perut aku. Mana tahu ada benda pegang, mati aku. 'Sora!, kau kena berani. Kau ni kapten bola keranjang sekolah.', dalam hati aku cuba menenangkan jantung aku yang dah berdegup kencang. WHAT!

"Cis, tak guna betul. Apa nak jadi dengan aku ni. Penyakit pelupa aku semakin menjadi-jadi.",aku mengutuk diri sendiri sambil mengelap tapak tangan kanan dengan beberapa helai tisu. "Macam mana aku lupa nak buang ais-krim tadi. Tu lah kalut sangat." Aku tidak menghiraukan hujan yang semakin lebat. Matlamat yang pertama aku sekarang ialah membersihkan tangan aku sampai tiada kuman!









Matahari dah lama tukar syif dia dengan bulan dan bintang 1 jam yang lalu. Aku. Aku dah selamat sampai ke rumah. Aku mengeringkan rambut aku yang basah menggunakan tuala yang tersangkut di bahu. Aku melabuhkan punggung ke atas kerusi empuk di tepi tingkap. Aku memandang ke arah luar rumah dengan pandangan yang kosong. Hujan semakin lebat. Tiada tanda-tanda hujan akan berhenti. Aku jangka hujan akan berhenti esok pagi. Itu hanya jangkaan daripada budak paling sengal di dunia iaitu Misaki Sora. "Huh", aku mengeluh pendek. Otak ligat memingati apa yang berlaku deka perhentian bas tadi.




* * * * * * * * * *







Aku tak reti nak karang ayat yang best-best. Kalau ayat yang best pun aku tak reti nak karang, apatah lagi cerita dia. By the way, thank you so much for all of you. Terima kasih sebab sudi baca sampai habis. Mana tahu kot-kot ada orang dia tak baca pun, terus scroll bawah sekali sebab nak baca yang aku ucap terima kasih dekat dia. Puihh betul.Haha. K joke.